Tular sebelum ini lelaki memakai baju merah yang menunjal kepala seorang pemandu wanita selepas dikatakan membahayakan nyawa dia dan isteri.
Kejadian tersebut berlaku pada Jun lalu berhampiran Lata Iskandar, Cameron Highlands.
Satu video telah dimuat naik pengguna TikTok, @adanjerrr, lelaki tersebut menceritakan hal sebenar yang menyebabkan dia gagal menahan marah.
“Dari Cameron kami dah habis jalan-jalan nak balik ke Shah Alam dan masa turun tu sesak. Sampai dekat selekoh tajam saya fokuskan pada selekoh tiba-tiba ada satu kereta bertentangan menghala ke saya, brek kecemasan dan bagi hon.
“Bila saya tengok belakang, ada Myvi nak potong tak lepas. Tayar saya dah jatuh dari jalan dan nasib baik saya tak tekan brek kalau tak memang masing-masing jatuh je gaung.
“Masa turun tu saya cuba cakap tapi dia menjawab-jawab menyebabkan saya marah dan masa nak pergi tu dia masih menjawab menyebabkan saya patah balik dan tepuk dahi dia.
“Seorang suami tengok anak isteri dah lintang pukang kat belakang, apa perasaan? Saya pun tak boleh fikir masa tu,” katanya.
Pada masa sama dia turut memohon maaf kepada wanita dan rakyat Malaysia mengenai insiden tersebut.
Bagaimanapun netizen mempersoal mengenai kejadian dia menampar pekerja restoran, adakah pekerja tersebut turut membahayakan nyawa anak dan isterinya.

Salah wanita kerana memandu secara merbahaya dan salah lelaki kerana menggunakan kekerasan, jadi berfikirlah sebelum melakukan sesuatu hal yang melibatkan banyak nyawa.
Baca juga: Dituduh buat ‘muka’ di Korea, rupanya ini punca wajah Zahid Hamidi bengkak