Seorang wanita nekad memfailkan cerai terhadap suami selepas dipaksa untuk mengandung bayi lelaki walaupun sudah dikurniakan enam anak perempuan.
Wanita bernama Xiong dari wilayah Hunan, China itu berkahwin dengan suaminya, Ou pada tahun 2015 lapor South China Morning Post.
Menurut laporan mereka sudah memiliki empat anak perempuan sebelum berkahwin dan dikurniakan kembar selepas mendirikan rumah tangga.
Ou bagaimanapun tidak mengambil kisah soal anaknya dan diuruskan sepenuh oleh Xiong, namun masih memaksa dirinya untuk hamil lagi.
Disebabkan keletihan, Xiong tekad meninggalkan rumah dan tinggal bersama ibu bapanya sebelum membuat keputusan untuk failkan penceraian pada Jun lalu.
Walau bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan perceraiannya dengan menyifatkan dirinya sebagai bukan seorang ibu yang baik.
Dia juga diperintahkan oleh mahkamah untuk kembali ke pangkuan keluarga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
Buat pengetahuan semua, jantina anak bergantung kepada sperma lelaki yang membawa kromosom.
Telur wanita sentiasa akan membawa kromosom X. Sperma lelaki pula akan membawa sama ada kromosom X atau Y.
Sekiranya sperma dengan kromosom Y yang bersenyawa dengan telur (XY), maka bayi lelaki akan terhasil.
Jika sperma dengan kromosom X yang bersenyawa dengan telur (XX), anda akan mendapat bayi perempuan.
Jika tidak mendapat anak lelaki bukanlah salah isteri sepenuhnya kerana ia bergantung kepada para suami.