Tular baru-baru ini mengenai pendedahan seorang barista yang mengakui dirinya pandai memilih pelanggan ‘bodoh’ untuk ‘add-on’ bahan kepada minuman.
Ciapan tersebut mendapat kecaman ramai selepas mereka mempersoal apa yang barisa tersebut dapat sedangkan tiada komisyen diberikan.
Kini barista tersebut memuat naik ciapan bahawa dia telah dibuang kerja selepas tempat kerjanya mendapat maklum balas negatif mengenai isu tersebut.
“Cuba teka. Korang (anda) menang. AKu dan selesai dengan S (nama tempat kerja). Kena pecat serta-merta,” ujarnya dalam ciapan di Twitter.
Bagaimanapun ada yang masih sangsi sama ada pemilik ciapan tersebut benar-benar seorang barista atau hanya troll.
“Entah betul ke tak tu kena pecat, sekali troll je hahha,” komen pengguna Twitter.
“Semua pekerja S (nama tempat kerja) ada kena sign media social protokol. Memang betullah tu kena buang. Syarikat tak main-main benda macam ini,” balas pengguna lain.
Seorang wanita menasihatkan para pembeli baru untuk bawa bersama rakan yang sudah biasa agar tidak terpedaya.
“Saya nasihatkan, anda kalau pertama kali nak cuba tempat makan atau minum eloklah bawa kawan yang ada pengalaman.
“Jadi mereka boleh bantu anda untuk tak terpedaya dengan pekerja ‘jahat’ macam ini,” kata @ciklaen.