“Terbakar tangan saya!”, lelaki berang pelayan restoran tak tolong pecah telur separuh masak

Oleh KIM SYAZIE

Angkara telur separuh masak, seorang lelaki berdepan dengan pengalaman ‘buruk’ ketika mengunjungi sebuah restoran yang terletak di Pulau Pinang.

Hal ini kerana, keterujaan lelaki yang mahu menikmati telur separuh masak itu terbantut setelah dia perlu memecahkan telur itu sendiri.

Tidak adil menurutnya, pemuda berkenaan merasa dirinya patut dilayan kerana sudah membayar bil makanan yang telah termasuk ‘cas servis’.

Bukan tugasnya sebagai seorang pelanggan, pemuda tersebut berharap pelayan restoran melakukan ‘kerja’ mereka dengan betul.

Sangat panas kerana baharu sahaja dimasak, lelaki berkenaan mendakwa tangannya melecur setelah memecahkan telur separuh masak itu.

Meluapkan kemarahannya, lelaki tersebut memuat naik satu hantaran yang kemudian tular di laman Facebook, lapor World of Buzz.

“Buat apa kami bayar kalau kena buat semuanya sendiri? Selepas ini apa? Kena masuk dapur restoran dan buat kopi sendiri?

“Sama ada pekerja malas atau bagaimana, saya tidak tahu. Yang saya tahu, tangan saya melecur. Saya perlu pergi ke tandas pula untuk cuci tangan.

“Siapalah yang mulakan budaya ‘pelanggan perlu pecahkan telur sendiri ini,” luah lelaki berkenaan akaun media sosial miliknya.

Berjaya menyita perhatian ramai, lelaki berkenaan kemudian memadam hantaran tersebut selepas ia tular di media sosial.

Walaupun telah dihapuskan, postingan tersebut sempat ditangkap layar dan dikongsi semula oleh beberapa halaman Facebook awam.

Postingan lelaki berkenaan yang sempat ditangkap layar

Mengundang perbincangan hangat, rata-rata pengguna bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan lelaki berkenaan.

Lebih menyelerakan jika dipecahkan sendiri, pelanggan juga dapat menikmati telur masak separuh masak yang ‘panas-panas’.

“Saya tidak fikir ia menyelerakan kalau pekerja yang tolong pecahkan. Baik pecahkan sendiri, rasanya pun lebih enak,” kongsi seorang pengguna.

“Macam itulah rakyat Malaysia makan telur separuh masak. Pelanggan dapat makan telur panas dan segar. Susah sangat ke nak pecah telur?.” Kata pengguna lain.

Baca juga: Boleh pulak dia duduk dalam tu! Doktor terkejut jumpa sotong tersangkut dalam kerongkong pesakit