Bukannya senang untuk menjaga tubuh badan selepas melahirkan anak apatah lagi buat ibu yang menyusu, jadi pasangan seharusnya lebih menghargai isteri.
Namun janganlah sampai jadikan perubahan tubuh untuk bercerai kerana sang suami juga menjadi penyumpang kepada faktor tubuhnya tidak lagi seperti masa bujang.
Seorang pengguna TikTok, Zaleha Baba berkongsi kisah mengenai penyesalan seorang suami.
Lelaki tersebut berkongsi kisah dengannya mengenai kesalahan dirinya menceraikan isteri dek kerana beratnya naik walhal dia sudah jatuh cinta dengan seorang janda.
Kejadian ini berlaku sekitar lima tahun lalu, si lelaki terus bernikah dengan janda anak dua selepas bercerai dengan isteri.
Namun apakan daya, sebenarnya dia juga menjadi mangsa isteri baru dan bekas suaminya yang bersekongkol untuk menipu lelaki tersebut.
Rupa-rupanya wanita yang dikahwini mempunyai terlalu banyak hutang untuk dilangsaikan dan selepas dua tahun dia menceraikan isteri barunya.
Ketika itulah dia sedar akan sayangnya kepada bekas isteri dan cuba mencari semula selepas memutuskan semua hubungan antaranya dan keluarga lama.
Namun segalanya sudah terlambat, ‘bidadari’ itu sudah bertemu kembali dengan PenciptaNya akibat terlalu taksub ingin menjadi kurus seperti kemahuan bekas suami.
Rata-rata warganet menyelar lelaki terbabit walaupun sudah menyesal tetapi impaknya kepada bekas isteri akan kekal selamanya.
“Suami saya kahwin dengan janda tu secara senyap-senyap sebab saya naik berat badan, bagi saya tak perlu nak kuruskan badan hanya sebab nak senangkan hati suami curang.
“Serius, walaupun saya lelàki saya sangat tak suka dan tak boleh terima lelaki yang menceraikan isteri tanpa alasan yang syarie.
“Nak cari yang sempurna memang tak ada dalam dunia. hidup jangan bertuhankan nafsu semata,” antara komen warganet.
Para wanita tidak perlu taksub untuk menjadi kurus, apa yang lebih penting adalah kesihatan diri anda, tak perlu puaskan hati semua asalkan diri gembira.