Tidak kiralah sesibuk mana perniagaan, pekerja yang berada di bahagian pembayaran perlu beri lebih perhatian, bimbang terlebih atau terkurang duit diterima.
Bukan hanya pekerja malah pelanggan juga perlu lebih beri perhatian semasa membayar kerana pergaduhan boleh tercetus kerana caj melampaui batas oleh pekerja.
Menurut MSNews, sebuh restoran di Singapura terpkasa menggunakan media sosial Facebook untuk mencari dua pelanggan selepas tersalah mengenakan caj.
Bukan sedikit, bil makanan pelanggan tersebut hanyalah (RM288.37) tetapi pekerja restoran tersebut secara tidak sengaja menekan angka sifar tambahan pada mesin pengiraan.
Ini menyebabkan menyebabkan jumlah bil pelanggan tersebut meningkat kepada SG$840 (RM2,883).

Restoran itu menggesa kedua-dua pelanggan tampil supaya mereka boleh membayar balik lebihan caj tersebut.
Restoran Fok Lok Kee Private Kitchen berkata, pihaknya sedang mencari dua pelanggan wanita yang datang kelmarin.
Dalam hantaran tersebut, pihak restoran memaklumkan sukar untuk mencari pelanggan tersebut kerana itu adalah pertama kali mereka makan di tempat itu.
Pihak restoran kemudian menambah di Facebook Hawkers United – Dabao 2020 bahawa mereka sudah menghantar e-mel kepada pelanggan tersebut dan menunggu respon.
Baca juga: “Kami dah lalui 3 perkahwinan, malangnya kami perlu terus ‘mencari’ di tempat lain” – Engku Emran