Victoria dakwa keluarga adalah golongan pekerja, sekali David Beckham dedah isteri pergi sekolah naik Rolls Royce

Oleh MAISARAH AISYA

Berkongsi pengalaman membesar, bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham diperli suami sendiri ketika temu bual.

Bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham mempersoal jawapan isterinya yang konon datang daripada golongan kelas pekerja atau ‘working class’.

Victoria mendakwa bahawa ibu bapanya bekerja keras untuk membesarkannya walaupun berada di dalam katogeri working class.

“Ibu bapa saya bekerja keras dan keluarga kami adalah golongan pekerja,” katanya sebelum disahut soalan spontan oleh suaminya.

Tidak mahu isterinya merahsiakan hal sebenar, Beckham meminta isterinya berkongsi jenis kenderaan yang digunakannya semasa sekolah dahulu.

“Tolong jujur, apakah jenis kereta yang ayah guna untuk hantar awak ke sekolah?” soal Beckham.

Tewas dengan soalan bertalu-talu daripada suami, ibu kepada empat orang cahaya mata itu akhirnya mengakui bapanya pernah memiliki kenderaan jenama mewah tersebut.

“Ini bukan jawapan yang mudah. Sekitar tahun 1980-an, ayah saya memiliki kenderaan jenis Rolls Royce,” jawabnya.

Klip pendek tersebut dimuat naik Instagram, Vanitycoke yang tertawa melihat David mengkantoikan isterinya sendiri.

Ramai yang marah akan tindakan David tapi bagi yang mengetahui pasangan tersebut pastinya tahu tentang gurauan kecil mereka

“Orang dalam komen jadikan semua isu macam biasa hahaha, walaupun gurauan biasa antara pasangan tapi orang lain sakit hati.

“Pasangan ini bahagia, usikan kecil pun nak jadi isu,” komen pengguna Instagram.

Baca juga: Tak perlu bazir duit, wanita kongsi cara jimat buat Loaded Potato Bowl ala KFC, boleh makan ramai-ramai lagi