Tak puas hati anak dipukul sebab enggan solat, ibu bapa buat laporan polis terhadap cikgu, minta pampasan RM15k

Oleh MAISARAH AISYA

Tugas guru adalah untuk mendidik murid dan sebagai pelajar harusnya patuh akan perintah cikgu.

Namun kebelakangan ini dapat dilihat ibu bapa terlalu manjakan anak hingga sedikit hukuman sahaja perlu lapor polis.

Menurut Grid Pop, seorang guru di Taliwang, wilayah Sumbawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial Indonesia.

Guru dikenali sebagai Akbar dituntut membayar pampasan 50 juta rupiah (RM15,074) oleh beberapa keluarga pelajar yang tidak berpuas hati anak mereka dihukum.

Menurut Tribun Jabar, Akbar menyuruh pelajarnya solat berjemaah ketika masuk waktu zuhur namun tiga pelajar tersebut enggan walaupun sudah ditegur secara baik.

Melihat kedegilan tiga pelajar tersebut, sebagai pengajaran, Akbar memukul tapak tangan dan bahu mereka.

Disebabkan itu, keluarga tiga pelajar terbabit dan bertindak membuat laporan polis terhadap guru pendidikan Islam Sekolah Vokasional Negeri 1 Taliwang itu.

Walaupun sudah pergi ke rumah tiga pelajar tersebut untuk membuat permohonan maaf, dia tidak diendahkan sebaliknya disuruh bayar ganti rugi 50 juta rupiah untuk tarik balik laporan polis.

Kebanyakan netizen berang dengan ibu bapa tersebut dan meminta mereka untuk menyekolahkan anak sendiri di rumah.

“Didik sahaja anak itu sendiri. Jangan hantar ke sekolah jika tak mahu mengikuti arahan.

“Padahal guru menyuruh beribadah, bukannya mencuri,” antara komen netizen.

Ibu bapa perlu lebih tegas dan menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik anak kepada guru bukan hanya tahu manjakan anak dengah hal dunia sahaja.

Baca juga: Hilang RM45k sekelip mata, pelakon tak sangka jadi mangsa ‘phone scam’