Baru mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun menjadi ibu tunggal, pelakon Shakilla Khoriri terkejut sudah ada ‘spill tea’ mengenai suami barunya.
Sudahlah majlis kahwin dikhabarkan tanpa kebenaran, terpaksa pula menghadap komen orang ramai tentang suaminya itu.
Menurut Kosmo! Online, Shakilla tidak teragak-agak untuk mendedahkan kisah sebenar kepada orang ramai.
“Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang, yang bersembunyi di sebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk ‘spill the tea’.
“Yang tersakiti, yang menyakiti, difitnah atau memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam.
“Reda dan jalani kehidupan masing-masing dan jangan jadi manusia munafik. Kita semua tahu kebenaran cerita kita, jadi cukup!,” ujarnya menerusi hantaran video dalam TikTok.
Bagi Shakilla, dia mahu menjadikan keretakan rumah tangga sebelum ini sebagai pengajaran dan tidak mahu membuka mulut kerana bimbang kesan negatif pada anak.
“Nak bercerita atau nak satu Malaysia memihak pada kamu silakan tapi ceritalah perkara sebenar. Ceritakanlah kesalahan dan kegagalan kita sendiri dahulu atau berdiam dan kita sama-sama muhasabah diri.
“Jangan seronok sangat kalian menari bertepuk tangan. Kita semua manusia yang punya keluarga dan anak-anak. Janganlah paksa saya untuk panjangkan hal ini dan buka pekung semua yang terlibat.
“Jangan libatkan anak-anak atas kebodohan dan kegagalan kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa. Tepuk dada tanya selera,” tegasnya panjang lebar.
Baca juga: Lebih 10 tahun dalam industri, Shukri luah tak pernah terdetik di hati nak curangi isteri