Hampir menitis air mata, Shakilla terkejut lihat anak dah pandai tinggi suara

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang-kadang ramai tak sedar perubahan sikap anak adalah berdasarkan persekitaran mereka.

Tambahan kalau sudah mula bersekolah maka anak akan terdedah dengan ramai pelajar daripada latar belakang yang berbeza.

Begitulah juga buat pelakon Shakilla Khoriri yang melihat sikap anak tunggalnya, Ameena Sofia mula berubah sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shakilla akui kadang-kadang cepat terasa apabila anaknya itu meninggikan suara.

“Pantanglah orang kasar atau tinggi sikit suara tu bila bercakap dengan aku mesti terasa kaw kaw. Termasuk lah dengan Ameena sekali.

Entah kenapa akhir-akhir ini dia bercakap suka tinggi suara dan agak kasar,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Baginya pergaulan di antara Ameena dan rakan-rakan mungkin antara asbab namun sedaya upaya menegur anaknya secara baik

“Berkali-kali tegur. Malas nak libatkan pergaulan dia dengan kawan-kawan atau sesiapa saja. Bagi aku, aku emak, aku kena cari jalan penyelesaiab.

“Macam mana cara nak ajar atau buang cara percakapan macam tu pada Ameena. Takut terbiasa dan bawa sampai ke besar atau pada orang luar. Beratnya rasa bila anak-anak dah besar ni.

“Aku tak pernah meninggi suara pada Ameena tu yang sentap sampai tak tertanggung rasa sedih tu akhirnya jatuh juga airmata Umi pagi-pagi hari sambil drive ke sekolah semalam,” ujarnya.

Pada masa sama, Shakilla mahu memberi sepenuh perhatian buat anaknya yang semakin membesar dan akn tiba satu masa dia akan melepaskan anak sulungnya itu.

“Aku akan rindu saat ni. Tapi aku terpaksa let go (lepaskan) bila sampai waktu dia. Aku tak sabar tunggu Ameena besar. Banyak cerita nak aku sembang dan kongsikan,” tambahnya.

Baca juga: Banyak kontroversi melanda, Enot kecewa tiada tawaran berlakon masuk