Kes seorang pesara membeli 13 rumah di China menjadi topik hangat apabila duit itu dikatakan adalah wang rasuah yang diberikan semasa dia bekerja sebagai pegawai kerajaan.
Menurut portal The Straits Times, ia menjadi tular selepas Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin mendedahkan kes itu kepada umum.
Laporan diterbitkan menyatakan bahawa He Fali, bekas pegawai perhutanan di wilayah barat laut Shaanxi, membeli satu hartanah menggunakan nama ahli keluarga.
Urusan jual beli itu dikatakan berlaku selepas dia meletak jawatan pada 2017 dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun pada 2022.
Pesara tersebut dikatakan menerima rasuah bernilai kira-kira AS$7.5 juta (kira-kira RM35.5 juta), kata badan pemerhati itu.
Skandal tersebut menjadi trending di media sosial China hingga mencecah ratusan juta tontonan dan rata-rata netizen di sana meninggalkan komen menyelar tindakan tersebut.
“Saya rasa dia mampu membeli 130 rumah. Masih terlalu elak risiko,” tulis seorang pengguna.
Pesara tersebut adalah antara kes yang didedahkan dalam kempen Presiden China Xi Jinping untuk menentang rasuah.
Pesalah yang sudah didedahkan dengan cara ini termasuk pemain bola sepak, eksekutif di syarikat milik kerajaan dan pegawai tinggi tentera.
Walaubagaimanapun masih ada kes erprofil tinggi yang tak didedahkan kepada orang ramai walaupun sudah berlaku sedekad lepas.