“Mulut suami kalah makcik bawang, habis semua masalah dia jaja, bukan dekat keluarga je, satu ‘office’ dia tahu”

Oleh MAISARAH AISYA

Hal berkaitan rumah tangga tak perlu dihebohkan kepada keluarga atau rakan terdekat, jagalah aib pasangan anda.

Ini tidak, semua benda nak dihebohkan seolah-olah hanya pasangan yang salah dalam hal tersebut dan anda tidak.

Seorang wanita, Popie (bukan nama sebenar) meluahkan rasa mengenai mulut suami yang suka jaja hal rumah tangga kepada orang luar.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Suami aku ada kerja tetap, seorang arkitek namun juga kerja sampingan sebagai penjaja berjaya. Hobi dia kot aku pun tak faham.

Di kala ekonomi naik turun ni, mesti korang nak tahu kan suami aku menjaja apa sampai sangat berjaya tu, simple je, menjaja kisah rumah tangga kami.

Kalau 10 kali bergaduh, 10 kali jugalah masalah dalam rumah tangga akan dijaja. Dekat mak dan adik beradik dia sudah tentu.

Bukan setakat tu je, satu jabatan dekat pejabat suami pun pasti akan tahu. Tak cukup dengan tu, dia kongsi dengan geng-geng joging dia.

Belum cukup lagi, dia share dgn kawan-kawan bengkel dia. Mesti korang rasa dah cukup ramai orang suami aku jaja kisah rumah tangga.

Salah! Dia siap video call whatsapp and screen sharing segala conversation aku dengan dia dengan abang dia dan kawan abang dia.

Aku dah cukup bosan dengan benda ni. Seolah maruah aku tak ada apa langsung pada dia.

Cerita keburukan isteri tapi diri sendiri tidak

Paling best, dia jaja segala keburukan aku, tapi keburukan dia, dia akan tutup rapat-rapat. Dari awal kahwin hingga anak seorang aku hadap benda ni.

Jujur aku makin bosan dan hilang perasaan pada dia. Dari sekecil-kecil isu hingga sebesar isu habis akan dijaja. Tergamaklah menjaja habis-habisan memburukkan aku.

Aku ni isteri dia tapi gaduh dia akan jatuhkan aku seolah aku musuh dia.

Aku rasa kalau dia owner kilang surat khabar, pasti dia akan cetak masalah rumah tangga kami dan edar satu malaysia.

Dipandang serong oleh semua orang

Pandangan adik beradik dan mak mentua dekat aku, tak payah cerita. Aku bukan kaki jantan, curang ke apa sampai buat macam ni.

Contoh, kalau aku hantar mesej tanya buat apa kat pejabat, nanti bila gaduh dia akan cakap aku kuat cemburu selalu cek dia.

Kalau aku tanya kenapa padam album birthday anak, nanti gaduh dia akan jaja cakap aku banyak hal, delete album pun dah boleh gaduh walhal aku tanya je tu, tak ada pergaduhan.

Akhirnya aku jadi malas nak tanya apa apa, sebab nanti bila gaduh, tiap semua tu dia akan jaja dan jadikan keburukan aku. Aku hilang rasa dah dekat suami aku.

Setahu aku, musuh je yang sikap memburukkan dan jaja aib orang. Tapi ni suami aku sendiri. Aku makin bosan dah.

Seriously nak pandang sebagai suami pun aku tak rasa dah macam tu. Betul-betul buat aku turn off sebab level dia memburukkan aku macam tak ada limit.

Tapi bila dah baik, dia boleh buat normal dengan aku depan orang-orang yang dia dah jaja kisah rumah tangga.

Tak ada rasa malu ke, jujur aku rasa rumah tangga aku ni macam mainan tau. Jadi tontonan dan bahan lawak orang.

Mula aku pandang suami aku ni lembik and tak ada kaliber sebagai suami. Aku makin bosan dengan rumah tangga ni.

Baca juga: Hadir ke mahkamah naik kapcai EX5 dan berselipar, gaya bersahaja Datuk Red curi tumpuan