Kalau rasa tak berduit tak perlu nak beli barang mahal, hidup dengan tahap kewangan sendiri, ini tidak menyusahkan pula adik beradik lain.
Akhirnya adik beradik tu pula tak mampu nak tanggung keluarga sendiri disebabkan sikap penting diri sesetengah individu.
Seorang wanita memuat naik luahan perasaan apabila berang dengan perangai suami yang gemar bagi adik beradik pinjam duit walaupun sedar diri tak mampu.
“Aku ni seorang isteri, ada anak seorang umur enam tahun dan lagi satu baru 6 bulan dalam kandungan.
Lepas empat tahun aku buat keputusan nak berhenti kerja, selama ini aku sara suami dan anak tapi berhenti sebab suami dapat kerja.
Masalah sekarang selama aku seorang tanggung makan minum rumah bertahun-tahun, mental jadi koyak sangat.
Aku cuba mengadu kepada mak mentua, tolong nasihat suami, tapi keluarga belah mentua seolah-olah tak nak bantu langsung.
Mak ayah aku yang banyak membantu walaupun mak ayah banyak masalah kewangan sendiri.
Sekarang ni bila suami dah bekerja, gaji boleh tahan, tapi kereta kami banyak masalah, jadi duit banyak habis ke kereta sebab ada satu kereta tu je lah nak hantar anak sekolah, beli barang semua.
Tapi sejak suami bergaji, adik beradik suami sesuka hati minta pinjam duit yang nilainya bukan sikit-sikit.
Tiap-tiap bulan bergilir-gilir pinjam duit RM1000 ke RM1500, hujung bulan pula tu, sebenarnya suami tak ada nilai tu sebab banyak habis ke kereta.
Tapi suami rasa serba salah, jadi suami pun minta duit simpanan aku. Kebetulan masa tu gaji terakhir RM4k habis betulkan kereta. Jadi memang tak dapat nak bantu.
Suami ada mengeluh, dia kerja dah enam bulan tapi masih belum ada simpanan, dia rasa macam penat kerja.
Aku kenal sangat dengan laki aku, kalau dia rasa tak berbaloi kerja tu, dia akan berhenti je serta merta.
Masalahnya aku tengah mengandung dan tak ada siapa akan ambil kerja kalau betul suami berhenti kerja serta merta.
Bila mengandung tambah pula dengan tekanan maka lajulah kata-kata tak elok keluar kepada keluarga mentua.
Aku minta mereka faham keadaan ekonomi kami, masa aku kerja dulu pun aku selalu hulur juga dekat keluarga mentua cuma aku minta mereka tak pinjam duit dengan kuantiti banyak sahaja.
Tapi lepas tu adik beradik suami mula nak sisihkan dia, beraya ke bercuti dah tak mahu libatkan dia, mak mentua pun satu hal tak tanya khabar anak sendiri.
Aku ni dah banyak sangat sabar dan berkorban untuk suami tapi dia tak nak nampak langsung nak dahulukan aku dan anak. Sampai satu tahap nanti meletup aku.