Biasalah mereka yang gemar akan koleksi mainan ini sanggup berhabis ribuan ringgit demi hobi mereka, apatah lagi untuk membina mainan tersebut turut memakan masa dan tenaga.
Pastinya mainan itu akan dipaparkan namun kebiasaan ia akan diletakkan dalam bilik, tapi jika ada anak tetamu datang, mereka ini kadangkala selamba sahaja masuk walaupun dilarang.
Bimbang akan nasib mainan jika dirosakkan anak tetamu, seorang lelaki memuat naik video TikTok meletakkan harga agar ibu bapa lebih beri perhatian dengan kelakuan anak.
Video tersebut dimuat naik pengguna TikTok @yen_orochi, harga diletakkan cecah ribuan ringgit untuk satu mainan.
“Letak harga, bukan apa, kalau budak-budak datang nak beraya, kita letak harga siap-siap.
“Macam (mainan) yang ini kita letak harga RM1,600 yang ini pula RM1,700. Baru mak ayah dia goyang sikit.
“Barang kita hak kita. Datang beraya tangan jangan gatal,” katanya dalam video tersebut.
Rata-rata warganet bersetuju dengan pemilik video tersebut, malah menyokong bahawa ibu bapa perlu awasi anak-anak ketika berkunjung ke rumah orang lain.
“Bagus juga buat macam ini. Tak ada lah nanti mak-mak cakap ‘biasalah budak-budak’, tercekik tengok harga nanti.
“Boleh letak CCTV khas kat kawasan tu, apa-apa ada video bukti kalau tak nak bayar.
“Bagus bang, biar diorang goyang sikit. Ayat ‘budak-budak sahaja’ tak guna kalau tak boleh nak bayar balik.
“Letak QR sekali senang mak bapa nak bayar,” antara komen netizen.
Baca juga: Tiap tahun tukar iphone baru, lelaki menangis nak pinjam RM8K bayar hutang Alphard