“Suami baik tapi satu hal je, nafsu dia tak boleh nak kawal, dia kantoi langgan perempuan masa aku nak bersalin”

Oleh MAISARAH AISYA

Sebagai isteri pastinya kita akan memilih untuk percaya suami berbanding orang luar walaupun pada hakikatnya ada masa mereka yang salah.

Namun tak sangka kepercayaan tersebut hanya sia-sia apabila si suami kantoi melakukan hal sama berulang kali.

Seorang wanita tak menyangka, si suami yang dulu sanggup mencabul kakaknya tergamak melanggan wanita lain saat dia sedang sibuk bertarung nyawa.

Pertama kali saya rasa kecewa dengan suami masa masih berhubung jarak jauh, saya tinggal di rumah mak Dan saya jaga mak sebab adik beradik lain semua duduk jauh.

Suami tergamak raba kakak saya yang tidur di ruang tamu rumah mak tengah-tengah malam. Masa tu saya pilih untuk percaya suami dan ikut suami pindah ke tempat dia bekerja.

Kami dapat rezeki anak lewat, lima tahun kahwin baru dikurniakan anak. Saya ingat kami akan bahagia tanpa sebarang masalah lagi. ku sangka panas di siang hari, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Hati saya remuk buat kali kedua bila suami buat hal pegang pinggang pengasuh anak, muda lagi orangnya, masa hantar anak pagi-pagi, dengan pakai seluar pendek, masa suami pengasuh tak ada sebulan outstation.

Silap saya jugak tak alert, sepatutnya saya yang hantar anak supaya tak jadi fitnah. Mula kejadian ni, saya perang besar dengan suami susah nak percayakan suami sekarang, menyesal percayakan dia.

Walaupun sekarang kami dah berbaik, tapi hati saya dah tak sama macam dulu. Kadang-kadang saya rasa benci meluat tengok suami.

Kadang tu saya jadi risau dan membayangkan suami akan buat hal dengan anak perempuan kami bila dah besar nanti. Saya tahu berdosa, tapi saya tak mampu nak kawal rasa tak percaya tu.

Lepas bersalin, saya perasan suami dah tak sama macam dulu, dah tak bermesra sangat dengan saya mcam dulu, silap saya ke semua ni jadi?

Hari ini kali ketiga saya tergerak nak check telefon suami sebab perasan suami selalu terbangun pagi-pagi main telefon entah apa yang dia buat.

Berderau darah saya tengok chat dia dalam michat, tanya service massage dengan perempuan. Saya masih belum ada kekuatan nak tanya suami betul ke tak dia ada buat benda tu, saya yakin dia takkan mengaku.

Suami baik tapi nafsu melebihi had

Suami memang seorang ayah dan suami yg baik, bab tolong jaga anak, kemas rumah, masak semua dia boleh, dia tolong masa saya kerja.

Tapi satu sahaja, bab nafsu tu tak cukup dengan saya seorang agaknya. Saya rasa sakit hati sangat benda service massage ni jadi masa saya dah sarat mengandung.

Saya pula duduk kampung tunggu masa nak bersalin, tapi suami sanggup buat macam tu masa saya hujung-hujung nyawa nak lahirkan anak.

Baca juga: Pelanggan tak sangka dapat minum Teh O Ais ‘kayangan’, gigil terpaksa bayar RM11