“Buanglah ‘mindset’ tu, minta tolong suami” – Netizen berang wanita mengandung merungut terpaksa beratur panjang

Oleh MAISARAH AISYA

Jika sudah sanggup beratur panjang demi membeli makanan maka tak perlu marah akan mereka yang sekian lama beratur,

Kalau sudah tahu diri mengandung dan tak mampu berdiri lama, minta pertolongan suami, mustahil pandu kereta seorang diri sejauh itu.

Tapi tidak, wanita ini menyalahkan orang ramai kerana tidak memberikan dia kerusi atau jalan pintas bagi membeli makanan.

“Inilah keadaan sebagai wanita mengandung di Malaysia. Tiada langsung budi bahasa.

“Juga tiada simpati. Kalau dekat luar negara, saya yakin akan diberikan pas que atau kerusi. I love Malaysiaku,” ujarnya dalam video tersebut.

Rata-rata netizen menasihati wanita tersebut untuk tidak merasa diri berhak menerima layanan terbaik sedangkan tahu risiko beli makanan di gerai yang banyak pelanggan.

“Saya minta maaf, tapi kita dh boleh start buang mindset yang orang kena kesian dekat kita. Hidup kena teruskan, kita bukan watak utama.

“Pergi tempat terbuka macam ini memang susahlah dan buat mengadu macam tu. Tahu tak mampu jangan salahkan orang lain.

“Kalau beratur ramai sangat, suruh suami kau yang tunggu, jangan rasa terpaling entitled (berhak) sangat” antara komen pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna X berkongsi dirinya pernah memberika tempat duduk kepada wanita yang disangka mengandung tapi sebenarnya tidak.

“Tak semua orang tahu dia mengandung. Sebab saya pernah beri tempat duduk dalam MRT kepada seorang wanita sebab ingat dia mengandung. Rupanya tidak.

“Dia malu sebab dia ingat dia gemuk sangat sampai orang ingat dia mengandung. Saya malu sebab saya tanpa sengaja dah terkutuk fizikal dia,” komen pengguna tersebut.

Inilah risiko untuk pergi makan di tempat yang menjadi tumpuan ramai. Zaman sekarang sudah berlambak jual kerusi kecil yang boleh di bawa ke mana-mana.

Tak perlu susahkan orang lain lagi selepas ini dan gunakan ia bila perlu, jangan sebab diri mengandung senang sahaja nak potong barisan.

Baca juga: Netizen Indonesia tergamam dengar alasan peminta sedekah tolak duit, “jika saya ambil saya perlu jawab di akhirat”