Demi karipap kambing, wanita mengandung sanggup ke penjara Kajang 3 hari berturut-turut

Oleh MAISARAH AISYA

Bab mengidam ibu mengandung ni jangan dibuat main, boleh merajuk kalau hasrat tak ditunaikan.

Tapi kalau pelik sangat benda yang diidamkan mungkinlah suami boleh cuba halang tapi bab makanan ni ada wanita sanggup tunggu walaupun berhari.

Umum tahu karipap di penjara Kajang sangat terkenal, malah kalau ‘restock’ sekalipun, tetap akan cepat habis.

Seorang pengguna TikTok, Ashfazieraa berkongsi kisah dirinya ke penjara Kajang selama tiga hari berturut demi karipap kambing.

Maklumnya hari pertama dalam misi mencari karipap kambing, dia datang di saat kedai Prismart sudah tutup.

Tidak berputus asa dia kembali lagi pada hari kedua bersama suami di waktu tengah hari namun hampa kerana semua karipap sudah habis terjual.

Akhirnya pada hari ketiga, dia sekeluarga datang awal pagi dan terpaksa menunggu untuk isian semula dan dipertemu dengan seoang pegawai ketika bersarapan.

“Hari ketiga datang awal sedikit tapi masuk sahaja Prismart, karipap belum sampai, jadi kami semua duduk dekat cafe penjara untuk sarapan.

“Tiga jam menunggu, perut pun hampir ‘cramp’, tiba-tiba seorang pegawai penjara datang tanya ke sini atas sebab apa.

“Bila suami cakap sebab nak beli karipap dan sudah tiga hari hadir, pegawai tu bawa jumpa sarjan,” jelasnya dalam video di TikTok.

@ashfazieraa

Karipap kambing penjara kajang đŸ¥¹@Muhamad Iman

♬ original sound – user93244148287

Rupanya disebabkan permintaan tinggi, pembelian hanya boleh dilakukan mengikut turutan dan jika dia tidak bertemu sarjan tersebut maka sukar untuk membeli.

Dalam video tersebut, jelasnya pemilik video menitiskan air mata selepas berjaya membeli karipap yang diidamkan.

Rata-rata netizen turut sebak melihat kesungguhan wanita tersebut untuk membeli makanan dan suami yang sabar menuruti permintaan isteri.

Baca juga: Lelaki pasrah kerja di kedai ‘photostat’ selama 6 tahun, sampai sekarang tak dapat panggilan kerja walaupun ada PhD