Terkenal kerana membawa watak sebagai Laila dalam Kampung People, Riena Diana akui kini sedang mengenali hati budi pelakon lelaki bergelar duda.
Baru sahaja dalam proses mengenali satu sama lain dalam tempoh lebih kurang sebulan, Riena akui selesa berteman rapat dengan Keith Foo.
Menurut OhBulan, Riena akui ada banyak persamaan selepas menjalani penggambaran untuk drama terbaharu di slot Samarinda yang berjudul Salju Rindu.
“Secara peribadi, kami berkawan rapat dan tengah mengenal hati budi masing-masing. Nak beritahu lebih-lebih pun kami masih baru. Doakan yang terbaik kalau ada jodoh Insya-Allah dipermudahkan.
“Mula-mula masa shooting pun kami dah macam berkawan baik di set. Bila cuma nak cari chemistry di set benda lain pula yang jadi.
“Sebenarnya tidak berlaku cinta lokasi sebab kami berkawan baik di set cuma mungkin selepas beberapa minggu tu baru sedar kami banyak persamaan.
“Bila dah kenal dengan lebih rapat, kami banyak persamaan yang menyebabkan kami kongsi benda yang kami suka dan tak suka,” katanya seperti dipetik OhBulan.
Tak nak ulas isu Keith dan Tiz Zaqyah
Pada masa sama umum tertanya-tanya sama ada Keith dan Tiz Zaqyah bercinta selepas dilihat rapat sebelum ini namun Riena memilih untuk tidak mengulas lanjut.
“Saya rasa tak sesuai untuk saya jawab lebih baik tanya tuan badan sendiri betul tak Keith dengan Tiz sebab setahu saya mereka hanya bekerjasama untuk satu produk dan ada video mereka berdua untuk promosi produk tersebut.
“Tapi saya tak boleh nak ulas lebih-lebih sebab lebih baik tanya Keith dengan Tiz sendiri. Baru-baru ini yang saya mengenali Keith katanya dia single. Saya tak rampas sesiapa,” tambahnya.
Baca juga: Sempat fikir anak masa tengah sakit, Azlee bersyukur keluarga cepat bertindak