Pegang ‘Master’ tapi ternak lembu, wanita tak kisah dikritik, anggap rezeki ada dimana-mana

Oleh MAISARAH AISYA

Belajarlah setinggi yang boleh dan pilih apa kerja sekalipun asalkan halal namun masih ada mulut bising kerana tidak bekerja berdasarkan bidang dipelajari.

Buat wanita dari Bandung, wilayah Jawa Barat, dia tidak malu untuk mengusahakan ternakan lembu dan kambing.

Menurut portal berita Wolipop, Azhyra Rana Pinasthika menjalani kursus lanjutan di sebuah universiti di Jepun.

Malah dia juga merupakan pemegang ijazah Pengurusan dan sarjana Pengurusan Perniagaan di universiti tempatan.

Wanita muda tersebut juga memaklumkan dia pernah bekerja di pejabat, namun tidak menyukai bidang pekerjaan itu.

“Saya kemudian cuba menceburi dunia bisnes dan ternyata saya amat menyukainya walaupun ada pasang surutnya,” kata Azhyra.

Sering terima kecaman

Pada masa sama, Azhyra berkongsi dia sering menerima komen negatif daripada netizen, kononnya dia mengusahakan ladang ternakan kerana susah mencari kerja.

“Mereka hairan kerana saya mempunyai ijazah sarjana tetapi pulang ke kampung dan menternak lembu.

“Ada yang menuduh susah mendapatkan pekerjaan,” ujarnya.

Ajar promosi perniagaan

Ambil peluang untuk tarik golongan muda bagi mempelajari ibadah korban selain mengajaar mereka promosi perniagaan menerusi media sosial.

“Sekarang ini ramai generasi muda yang sudah bekerja tetapi tidak tahu cara melakukan ibadah korban.

“Saya menjelaskan semua proses tersebut menerusi perkongsian di media sosial dan mereka tertarik dengannya.

“Walau apa juga yang kita jual, jangan sesekali berasa malu kerana yang paling penting adalah kita amalkan semua ilmu yang kita dapat,” jelasnya.

Baca juga: Tak pernah masak, basuh baju, wanita kahwin muda bersyukur dapat suami memahami