“Kenyang seminggu!” – Lelaki Singapura makan nasi kandar sampai kena caj RM300, siap bawa talam sendiri

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau orang biasa ni, nak ambil sotong dekat kedai nasi kandar pun dah terketar-ketar tangan nak bayar.

Tapi lelaki dari Singapura ini siap bawa talam lagi untuk pecah rekod makan nasi kandar terbanyak dekat satu kedai.

Kisah ini dikongsikan menerusi Facebook, Nasi Kandar Sulaiman (NKS) yang terletak di Pulau Pinang.

“RM300! Pecah rekod, ini adalah kejayaan terbesar untuk menghabiskan nasi dalam talam dengan seorang individu.

“Dia adalah seorang pempengaruh TikTok Singapura dan sering buat video makan dalam kuantiti yang banyak, siap bawa talam lagi.

“Nama tiktok dia Zermatt Neo. Kali ini dia mai (datang) NKS makan nasi kandaq sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS,” ujar hantaran di Facebook.

Komen netizen

Rupanya lelaki ini memang terkenal di YouTube kerana ‘content’ makan dalam kuantiti besar, malah pernah habiskan 10 kilogram ramen.

“Senang je dia makan, memang terkenal sebab makan banyak di Singapura. Badan kecil sahaja tapi ‘portion’ sekali makan pergh.

“Bezanya cara dia makan dengan ‘content creator’ yang lain, makan dengan tenang dan tak gelojoh, siap sembang dengan pengikut di sosial media lagi.

“Dekat YouTube dia pun ada video telan 10 kilogram ramen, setakat nasi kandar setalam tu memang senanglah,” antara komen netizen.

Baca juga: Peniaga kantoi ‘kelentong’ pelanggan, rupanya bank tak pernah kenakan caj 10 sen jika bayar guna QR