Pelakon Sophia Albarakbah bukanlah aktres pertama dikaitkan dengan aktor sensasi, Aliff Aziz, namun sehingga kini namanya dikaitkan.
Tidak mahu mengulas lanjut mengenai pelakon lelaki dari Singapura itu, Sophia sebolehnya mahu fokus dengan kerja dalam dunia seni.
Menurut Kosmo! Online, Sophia menolak dakwaan bahawa dia mengelak media dek kerana isu yang masih hangat diperkatakan.
“Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah pada kerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu untuk saya komen.
“Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius.
“Sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran. Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas,” ujar Sophia seperti dipetik Kosmo! Online.
Malah dia turut menegaskan untuk tidak menjawab soalan berkaitan Aliff dan mengakui kurang melayan media sosial.
“Saya minta maaf saya tidak selesa untuk menjawab (soalan berhubung kontroversi Aliff Aziz). Kalau nama itu (Aliff Aziz) saya tidak mahu jawab.
“Jujurnya, saya jenis orang yang tidak selalu sangat melihat media sosial. Bagi saya banyak perkara tidak berfaedah di sana.
“Saya pula bukan jenis yang suka dengar gosip dan borak perkara yang tidak sepatutnya. Jika perkara atau isu yang dibangkitkan tidak berilmiah saya tidak akan baca,” tegas Sophia.
Baca juga: Tak padan dengan purdah! Neelofa didakwa guna imej tak senonoh iklankan produk batin