“Perkara ni subjektif” – Ellie Suriaty anggap pasangan pilih ‘childfree’ kerana masalah ekonomi

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang dalam keadaan ekonomi yang kadangkala tidak stabil, ramai anak muda berkahwin dan memilih untuk tidak mempunyai anak.

Ini turut dipersetujui pelakon Ellie Suriaty yang menganggap isu ‘childfree’ atau pasangan berkahwin yang tidak mahu anak adalah berpunca daripada masalah kegawatan ekonomi.

Menurut Kosmo! Online, Ellie bagaimanapun berpendapat mereka yang sengaja tidak mahu anak disebabkan ingin bebas komitmen akan merasa kerugian.

“Perkara ini subjektif. Kemungkinan terjadi disebabkan ekonomi zaman sekarang terutama yang tinggal di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Mungkin ekonomi di kampung masih okey tetapi apabila bercakap mengenai bandar besar membuatkan pasangan muda ambil keputusan mahukan ‘childfree’.

“Namun, bagi saya semuanya rezeki Allah untuk mendapatkan zuriat.

“Jadi, satu kerugian sekiranya tidak mahukan anak melainkan pasangan terbabit buat keputusan berbuat demikian,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Pada masa sama, Ellie berharap pasangan yang memilih untuk ‘childfree’ akan mengubah fikiran supaya dapat melahirkan keluarga lebih besar.

“Mungkin pada masa akan datang mereka akan ubah fikiran kerana manusia berubah-ubah.

“Perancangan keluarganya sekarang adalah ini (childfree) tetapi boleh diubah pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Baca juga: “Hukum beranak adalah sunat, tapi…”, Ustaz Azhar Idrus jawab persoalan ‘childfree’