Punyalah ramai orang bujang di luar sana, lelaki yang dah berkahwin juga menjadi pujaan hingga sanggup menyebabkan wanita lain menangis.
Belajarlah setinggi mana sekalipun kalau dari awal suka menyondol memang sukar nak buang tabiat buruk.
Seorang wanita pernah tular di Indonesia selepas kantoi tidur dengan pensyarahnya sendiri semasa masih bergelar mahasiswi.
Pada tahun 2023, nama Veni menjadi viral kerana mempunyai skandal dengan salah seorang pensyarah di UIN Lampung.
Dalam pengakuannya di balai polis, Veni mengakui pernah melakukan persetubuhan dengan pensyarah itu sebanyak enam kali ketika isteri sah pensyarah itu bertugas di luar bandar.
Kini nama Veni menjadi perhatian sekali lagi apabila kantoi berdua-duaan dengan suami orang.
Menurut portal Berita Satu, Veni dan pasangannya itu ditangkap sendiri oleh isteri lelaki tersebut.
Di dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, bekas pelajar terbabit dilihat duduk di sebelah lelaki berkenaan.
Tindakannya menyebabkan si isteri meminta gadis itu memberikan penjelasan. Namun, kata gadis itu, dia secara tidak sengaja menemui suami wanita berkenaan.
Isteri tersebut terus mendesaknya untuk membuka mulut bagi membuktikan dia tidak melakukan perbuatan tidak baik di dalam kenderaan itu
Baca juga: Warga emas hilang ditemui dalam pondok dekat gua, 12 hari dapat makan nasi putih