Sejak kelmarin, beredar satu video di kumpulan Facebook memaparkan seorang penghantar makanan mengamuk ditegur pengguna jalan raya kerana melanggar lampu isyarat merah.
Penghantar makanan dalam lingkungan usia 30an itu tidak berpuas hati kerana seorang pemandu kereta dikatakan membunyikan hon kepadanya selepas tidak mematuhi lampu isyarat.
Penunggang itu sempat memaki hamun pemandu terbabit dan mengarahkan agar individu tersebut keluar dari kenderaannya.
Pemandu kereta itu kemudian mencabarnya untuk ‘bincang’ di balai, dan disahut lelaki tersebut.
Dia bagaimanapun menghentikan motosikalnya dan menyekat laluan pemandu itu selain cuba membuka pintu kenderaan pemandu berkenaan.
Hasil carian di Facebook, video yang tular itu rupa-rupanya video lama pada 2021 yang kembali tular dipercayai dikongsi seorang pengguna X.
Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ buat Sambal Tempoyak Goreng, dijamin lazat hingga menjilat jari!