“Saya rasa saya orang tua yang gagal” – Lelaki menangis dapat tahu anak kahwin dengan guru pondok tanpa wali

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak bersedih bila anak perempuan yang sudah dijaga dari kecil berkahwin tanpa kehadiran seorang pun ahli keluarga.

Apatah lagi dikahwini seorang lelaki yang lebih berusia yang dipertanggungjawab untuk mengajar anak tentang agama.

Menerusi sat video di TikTok, curhatbang.id mengenai seorang pelajar perempuan yang menikahi seorang guru pondok.

Lebih menyedihkan adalah si bapa yang kelihatan sebak berkongsi cerita tersebut apabila mengetahuinya.

Gadis tersebut tanpa reaksi wajah memaklumkan dia bernikah tanpa kehadiran wali dan hanya bersama dengan guru pondok tersebut.

Ketika itu bapanya disoal mengenai perasaannya apabila mengetahui cerita anaknya yang bernikah tanpa wali.

“Menurut saya, saya gagal menjadi orang tua yang baik,” ujarnya menitiskan air mata.

@curhatbang.id

SANTRI DINIKAHI TANPA IZIN ORANG TUA OLEH PENGURUS PONDOK PESANTREN?? KOK BISA ?! #curhatbangdennysumargo #curhatbang #dennysumargo

♬ original sound – curhatbang.id – curhatbang.id

Perkahwinan hanya kantoi apabila pelajar berusia 16 tahun itu dikatakan hamil dan menyebabkan bapanya rungsing kerana dia tidak pernah menikahkan anaknya dengan siapa-siapa.

Rupanya gadis tersebut sering mengikuti majlis yang diadakan guru pondok dan mereka bernikah pada Ogos 2023 tanpa kehadiran wali.

Malah mereka juga sudah bersetubuh selepas bernikah di rumah rakan kepada suaminya.

Rata-rata netizen sayu melihat si bapa menangis namun keliru dengan gadis yang dilihat seperti tidak bersalah dan terlalu polos.

Baca juga: Gara-gara buat ‘mukbang’ makan ayam goreng dalam kuantiti besar, blogger meninggal dunia