Pernah dilabel ‘ahli neraka’ lepas bercerai, Nadia Brian pilih tak baca komen di sosial media

Oleh MAISARAH AISYA

Tiada manusia yang berkahwin mimpi untuk bercerai dengan pasangan selepas beberapa tahun bersama.

Pastinya mereka ini sudah mencuba sehabis baik untuk menyelamatkan perkahwinan namun kadang kalau penceraian adalah jalan terbaik.

Menurut Kosmo! Online, pelakon Nadia Brian ketika diminta mengulas mengenai pempengaruh yang menamatkan riwayat sendiri kerana insiden buli siber, dia memaklumkan pernah menerima nasib sama. 

Ujarnya, buli siber paling teruk diterimanya adalah selepas bercerai dengan pasangan sekitar tiga tahun lalu.

“Saya juga adalah mangsa (buli siber) dan pernah dilabel ahli neraka.

“Paling teruk selepas saya bercerai dulu. Pelbagai tomahan diberi kepada saya walhal saya tidak mengenali pelakunya,” ujar ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online.

Sedar akan kata-kata negatif yang boleh memberi kesan kepada mental, Nadia memilih untuk tidak lagi membaca sebarang komen.

“Dunia siber luas, tidak guna kita lawan mereka yang membuli di platform ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah rawat hati dan perasaan sendiri, elak baca komen di media sosial.

“Kepada pelaku, hentikan. Anda tidak akan dapat apa-apa kebaikan dengan membuli orang lain.

“Kebanyakan pelaku ini, mereka pernah jadi mangsa (buli). Tapi janganlah pula mereka juga jadi pembuli. Masalah ini tak akan selesai,” tambahnya.

Ditambah pula status artis, di mana privasinya adalah lebih kurang berbanding orang lain, Nadia ada masa membalas komen pengguna yang busuk hati.

“Setakat ini saya okey sahaja, tidak ambil peduli sangat dan tidak pernah melenting. Tetapi jika komen agak keterlaluan saya balas kembali komen pembuli dengan ucapan, Alhamdulillah.

“Ada setengah artis yang akan block terus pembuli bagi saya tindakan itu bagus kerana media sosial kita adalah hak kita.

“Kita berhak jaga privasi dan kesihatan mental masing-masing,” ujarnya.

Baca juga: Dua tahun menyepi tiba-tiba muncul di TikTok, Syahir Zawawi jawab punca kehilangannya