Sharifah Rose akui pernah menangis lepas dikecam kerana lakonan kayu, sekarang pilih tak baca komen

Oleh MAISARAH AISYA

Pertama kali memegang watak utama, siapa sahaja tidak gugup dan kebanyakan pelakon mulanya tidak pandai berlakon dan perlahan-lahan menggilap bakat sedia ada.

Walaupun sudah berpengelaman membawa pelbagai watak sekalipun, pelakon tidak akan terlepas menerima kritikan daripada netizen.

Kalau tak kuat dalam industri seni maka dengan senang ia akan mempengaruhi mental dan menyebabkan gangguan dalam kerjaya.

Buat pempengaruh yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose menasihati mereka yang ingin berada dalam industri perlu kental lapor Kosmo! Online.

Pada masa sama dia menegaskan, kekuatan mental harus hadir seiring dengan tahap kesabaran tinggi sekiranya ingin bertahan lama dalam dunia media sosial.

“Nak jadi pempengaruh, muka kena tebal dan hati kena kebal. Pada awalnya, saya akui agak sukar hendak abaikan kata-kata negatif orang.

“Kadang-kadang kawan cakap kita gemuk sikit pun kita sudah terasa apatah lagi kalau ada kecaman atau kutukan daripada individu tak dikenali,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Di awal pembabitannya dalam dunia seni, Sharifah Rose mengakui pernah menitiskan air mata gara-gara kritikan yang diterimanya.

“Pada awal kemunculan saya menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, saya memang dihujani dengan kecaman seperti lakonan kayu dan sebagainya.

“Itu adalah drama pertama saya pegang watak utama. Video ‘teaser’ baru keluar, orang sudah kutuk sedangkan penggambaran drama masih berjalan.

“Jadi, boleh bayangkan betapa koyak emosi saya hingga menjejaskan penghayatan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia keni memilih untuk tidak membaca komn negatif kerana tidak mahu menggangu kesihatan mentalnya.

Baca juga: 4 dekad dalam dunia seni, Aishah dedah banyak kali ‘diserang’ penyakit misteri