Biasalah masa tengah musim durian ni mesti tahu ada jenis yang murah dan ada juga mahal, maka beli berdasarkan bajet sendiri.
Ini tidak, kereta bukan main mewah bila beli durian murah pun masih minta diskaun, kalau rasa tak mampu jangan susahkan peniaga.
Menerusi TikTok, PakBenfruitMelaka, seorang peniaga berkongsi kisah pelanggan dengan gaya T20 meminta diskaun untuk buah durian yang dijualnya.
“Kisahnya mereka datang nak beli buah durian D101, naik kereta besar-besar tapi cari buah yang murah sahaja.
“Jadi abang saya buat keputusan untuk tawar buah lebihan semalam yang masih ada dalam setengah bakul dengan harga murah.
“Malangnya, dah kira murah per kilogram, tiga biji tu jadilah RM145, dengan lantang si anak cakap RM100 cukuplah,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Kebiasaan kalau nak minta kurang pun seringgit dua tapi ini hampir RM50 minta kurang memang agak melampau apatah lagi bila diperli masih buat tak tahu.
“Akak (pembeli) potong duit kami RM45, saya pula kena menambah duit sendiri sebab tu abang saya perli ‘baik bagi kalau minta kurang macam tu.
“Eh elok pula seluar pink tu buat terkejut dan terima buah tu siap cakp betul ke ni percuma. Tak apa ambil sahaja. Alang-alang dah rugi baik rugi sekali sahaja,” tambahnya.
Di ruangan komen penjual tersebut menjelaskan bahawa si ibu sudah menawarkan diri untuk membayar tapi dihalang si anak.
“Ceritanya kita perli je bang. Dia yang tak malu ambil juga. Mak dia dah pelawa dah nak bayar, dia siap cakap eh mak, abang ni dah bagi dah,” ujar pemilik TikTok.
Rata-rata netizen tidak memahami mengapa ada yang menawarkan harga terlalu rendah tanpa memikirkan si peniaga juga sedang mencari rezeki.
“Ada juga orang tak reti menawar, bukan sebab tak mahu tapi serba salah sebab tahu peniaga pun ada kesusahan masing-masing.
“Masa aku beli burger semalam, ada seorang pelanggan guna Vellfire beli burger dua biji RM6 tu pun nak minta kurang RM1, kesian pula dekat peniaga, bukan untung banyak pun.
“Bukan semua hanya segelintir tapi memang banyak orang kaya yang beli murah barang kita tapi barang dia jual mahal, sebab tu dia kaya,” antara komen netizen.
Baca juga: Bengkel lain caj RM700, tak sangka mekanik jujur wujud lagi – “Bayar puluhan ringgit ‘settle’!”