Kebanyakan yang menjadi mangsa ‘love scam’ adalah mereka yang sudah berusia dan bersara dari dunia pekerjaan.
Bila sudah bersara ni maka banyaklah duit simpanan yang, ‘scammer’ ni pandai memilih orang yang mereka tahu ada potensi untuk ditipu.
Seorang wanita warga emas terjerat dengan sindiket ‘Love Scam’ dengan individu yang mengaku dirinya seorang doktor dan hanya dikenali secara atas talian.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pada awal April lalu, mangsa adalah wanita berusia awal 70-an berasal dari Miri .
Wanita tersebut dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Dr. Wang Muyang melalui aplikasi dan mangsa dikatakan sudah kjatuh cinta
“Dr. Wang kononnya ingin mengirim barang kepada mangsa sebagai tanda perkenalan.
“Seminggu kemudian, mangsa dimaklum oleh pihak kastam terdapat parcel atas nama mangsa yang mengandungi barang terlarang iaitu wang tunai mata wang Amerika.
“Bagi melepaskan parcel dan menyelesaikan kes itu, mangsa telah diminta membuat pembayaran.
“Mangsa yang panik telah membuat pembayaran bermula dari hujung April sehingga hujung Julai lalu,” katanya dalam sata kenyataan.
Dalam pada itu, Mancha berkata mangsa telah membuat sembilan transaksi wang secara berperingkat ke empat akaun bank yang berbeza berjumlah RM160,000.
“Mangsa memberitahu wang itu adalah simpanannya dan sedar ditipu setelah merujuk perkara tersebut kepada anaknya.
“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada 30 Julai lalu,” katanya.
Hebahan mengenai cara penipuan ini perlu disebar dengan lebih meluas agar tiada mangsa terpedaya akan janji manis dengan individu yang tak dikenali.
Baca juga: Terkejut dapat mesej konon ada gambar tak senonoh, rupanya ini taktik baru ‘scammer’