Pastinya ramai pernah hadiri majlis perkahwinan serba mewah di hotel namun ada juga majlis meriah diadakan di kawasan tempat tinggal.
Sepasang pengantin tular selepas majlis perkahwinan yang berlangsung di Kota Gresik, wilayah Jawa Timur mendapat perhatian ramai.
Tidak hanya itu dekorasinya juga terlihat meriah dengan buah segar sebagai dekorasi dan semua jiran tetangga dijemput tanpa mengira darjat.
Lebih menarik tetamu diberikan oleh-oleh berupa barangan runcit dan ada juga cabutan bertuah diberikan kepada mereka yang memeriahkan majlis.
13 tetamu bertuah dihadiahkan pakej umrah dan masing terlihat menangis terharu diberikan peluang untuk menjadi tetamu Allah.
Menunya juga ada pelbagai variasi dari makanan jalanan seperti bakso kepada nasi berlauk yang dihidangkan di bawa khemah.
Hantaran penuh video majlis perkahwinan tersebut dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @celtic_indonesia.
Rata-rata netizen memuji keluarga pengantin tersebut yang menjemput orang tanpa mengira darjat untuk memeriahkan perkahwinan anak mereka.
“Inilah salah satu perkahwinan terhebat, semua golongan hadir dan tidak hanya tertumpu kepada orang kaya sahaja.
“Tengok sahaja dah nampak seronok, kalau ada rezeki nak juga buat majlis yang boleh diraikan dengan orang yang tinggal di sekitar.
“Ini baru betul majlis kahwin orang kaya, bukan yang sombong-sombong. Semoga dimurahkan rezeki untuk pengantin,” antara komen netizen Indonesia.
Baca juga: Baru 6 tahun sudah mampu bertutur 17 bahasa, rupanya ini cara didikan ibu bapanya