Lepas tersebar spekulasi bercerai, Ira Kazar tenang teruskan kerja jadi model tudung Alif Syukri

Oleh KIM SYAZIE

Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat tenang biarpun sedang terpalit kontroversi perceraian dengan suami.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin sehingga kini enggan membuka mulut untuk mengesahkan atau menafikan khabar angin yang tersebar.

Dia yang kini menjadi model tudung usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri, hanya memberikan senyuman manis kepada media dan menolak untuk ditemu bual.

Dia dilihat fokus menyelesaikan tugasannya sebagai model tudung keluaran usahawan terkenal itu.

Memetik mStar, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, ketika ditemui menyifatkan Ira sebagai seorang wanita yang tabah meskipun rumah tangganya kini sedang berdepan ujian.

Namun katanya, Ira memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi ketika dia bertanyakan kepada Ira mengenai konflik rumah tangganya.

“Jujurnya, saya ada cuba bertanya tapi Ira tidak mahu bercerita kisah peribadi dia

“Taknaklah menyibuk hal orang lain sebab niat saya cuma beri pekerjaan kepada Ira kerana dia memang bagi kerjasama sangat baik,” katanya seperti dilapor.

Baca juga: Lapar sangat tapi nasi tak masak lagi? Guna taktik ni jimat masa!