Bab poligami ini jika dilaksana dengan betul maka tidak akan berlaku pertelingkahan di antara suami dan isteri-isterinya.
Tapi kebanyakan lelaki sekarang memilih merahsiakan perkahwinan kedua dengan alasan tidak mahu isteri pertama mengetahuinya.
Buat penyanyi Ezlynn Ariffin, soalan mengenai kehidupan berpoligami ini sering diterimanya di media sosial dan dia menjawab sehabis baik lapor Harian Metro.
“Mereka bertanya saya bagaimana untuk mengendalikannya. Maka saya kongsi apa yang bagus, boleh bantu mereka. Saya selalu cakap poligami ini bukan untuk semua orang.
“Saya cuma boleh kongsi pendapat, tapi apa-apapun mereka kena berbincang dengan suami. Kalau sampai boleh mengganggu mental, boleh jadi gila, kena bincang.
“Jangan seksa diri. Kalau tak boleh, jangan paksa. Kalau suami pandai pujuk, ambil hati, jalankan tanggungjawab dengan baik, kenapa tidak?” katanya seperi dipetik Harian Metro.
Menceritakan pengalaman sendiri bermadu, Ezlynn tidak menafikan hati wanita mana yang tak hancur, sedih atau cemburu.
“Yang berpoligami tetap akan rasa itu. Tapi suami kena pandai main peranan. Kalau suami buat tak tahu dengan isteri pertama pun, tak dengar rintihannya, jangan kahwin lagi.
“Saya kata jangan larang tapi pastikan beritahu apa syarat-syarat mereka mahukan. Perbincangan sesama mereka itu sangat penting.
“Kerisauan mereka selalu pasal hati. Hati rasa sedih. Beberapa bulan terawal itu memang akan rasa sedih, rasa serba kurang, kurang sempurna, suami tak cinta dah.
“Alhamdulillah, hubungan dengan madu baik-baik saja sebab kami masing-masing dengan hal sendiri. Tak bagus kalau saya masuk campur hal rumah tangga dia,” katanya.
Sebelum ini, Ezlynn mendedahkan dirinya sudah bermadu apabila suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Baca juga: Lepas tersebar spekulasi bercerai, Ira Kazar tenang teruskan kerja jadi model tudung Alif Syukri