Pastinya di setiap ada satu jenama bekas plastik, Tupperware sama ada ia dibeli atau diberi sebagai hadiah.
Ini adalah satu jenama bekas plastik yang terkenal di seluruh dunia yang mengkhususkan untuk penyimpanan makanan dan memastikan tiada udara memasukinya.
Meskipun harganya agak mahal namun ia adalah bersesuaian dengan kualitinya yang tahan lama dan tidak perlu menukarnya setiap tahun.
Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), Tupperware telah memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan.
Disebabkan itu, Tupperware Brands Corp sedang berusaha menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa.
Syarikat itu didakwa memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS.
Syarikat yang diasaskan sejak 1946 Earl Tupper itu terkenal dengan mangkuk dan bekas plastik yang agak kreatif.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman pada Selasa memaklumkan kewangan terjejas terus akibat ekonomi global.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat terjejas teruk akibat persekitaran ekonomi global.
“Kami mempertimbangkan banyak pilihan dan memutuskan bahawa ini adalah langkah terbaik untuk masa depan,” katanya.
Dalam kenyataan syarikat itu, langkah terbaik untuk melindungi jenama Tupperware adalah dengan menjual syarikat berkenaan.
Baca juga: Pemuda ini dedah kenapa Musang King Malaysia lebih sedap berbanding Indonesia dan Thailand