Bagi mereka yang sering membuat kek atau pencuci mulutg mesti tahu ada perbezaan besar di antara mentega dan marjerin.
Tapi bagi yang baru nak berjinak, ini yang anda perlu tahu untuk membuat pencuci mulut seperti kek atau brownie, salah pengunaan boleh menyebabkan ia tidak menjadi.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook EasyBakeLab mengenai perbezaan dan fungsi mentega dan marjerin.
“Ni CikDyg saja nak share apa beza Mentega dengan Marjerin kot ada yang tak tau lagi.
“Marjerin dan mentega nampak ja sama, tapi ada kegunaan dia yang tersendiri, jangan tertukar,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.
Mentega
Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu dan warna yang lebih pucat berbanding marjerin.
Tekstur pula adalah lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik serta mengandungi kandungan vitamin yang lebih tinggi
Mentega juga perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Sesuai digunakan untuk:
- Memasak makanan barat
- Menumis sup pekat
- Kek, pastri
Biskut atau kuih dibuat daripada mentega akan lebih kering dan garing, tapi teksturnya lembut serta mempunyai bau yang harum
Penggunaan mentega dalam pembuatan kek akan membuatkan kek menjadi lembut dan berbau harum.
Marjerin
Diperbuat daripada lemak sayuran dan warna yang lebih kuning berbanding mentega.
Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya dan mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
Boleh disimpan di luar tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk
Sesuai digunakan untuk:
- Nasi tumis
- Biskut
- Kek-kek tradisional
- Kuih-muih
Kandungan lemak yang rendah dalam marjerin pula biasanya akan membuatkan doh atau adunan lebih padat.
Marjerin apabila digunakan untuk membuat kuih tradisional seperti karipap akan menjadikan ia lebih rangup.
Baca juga: Gempar air bah di Tumpat tiba-tiba bertukar jadi warna merah, rupanya ini puncanya