Sempena cuti panjang Krismas sehingga akhir bulan ini, seramai 500,000 rakyat Malaysia dijangka membanjiri Thailand terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti Hatyai.
Ketika ini wilayah selatan Thailand sahaja menerima lebih 230,000 hingga 400,000 pelancong Malaysia yang memasuki negara itu menerusi pelbagai jalan darat dari 21 Disember hingga 31 Disember.
Kosmo! Online melaporkan, bilik-bilik hotel di kawasan tumpuan pelancong seperti Hatyai habis ditempah pelancong yang majoritinya rakyat Malaysia yang berkunjung ke bandar paling besar di selatan Thailand ini.
Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand-Asia Tenggara (Tahta) berkata, kira-kira 4.6 juta rakyat Malaysia melancong ke negara Gajah Putih itu dalam tempoh satu tahun ini.
“Untuk pengetahuan, sebanyak 30,000 bilik penginapan di Hatyai dan wilayah Songkhla telah habis ditempah oleh pelancong sepanjang musim cuti Krismas hingga sambutan tahun baharu 2025,” katanya seperti dilapor.
Tinjauan portal itu mendapati kawasan tumpuan pelancong seperti Lee Garden sudah umpama Little Malaysia selepas dipenuhi rakyat Malaysia yang bercakap menggunakan bahasa Melayu.
Beberapa kawasan pelancongan lain seperti Sea Verse, pasar terapung Khlong Hae dan Asean Night Bazaar turut dipenuhi pelancong dari negara ini.
Baca juga: Mentua pilih kasih, menantu pakai Saga parking bawah pokok, Vellfire bawah garaj