Jimmy Carter, Presiden Amerika Syarikat ke-39 dan penerima Hadiah Nobel Keamanan 2002 meninggal dunia pada usia 100 tahun di kediamannya di Plains, Georgia, lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan daripada Carter Centre.
Carter memegang jawatan sebagai presiden AS dari Januari 1977 hingga Januari 1981.
Beliau meninggalkan empat anak, 11 cucu dan 14 cicit. Isterinya, Rosalynn, meninggal dunia pada 2023.
Presiden Joe Biden menyifatkan pemergian Carter sebagai kehilangan seorang pemimpin, negarawan dan pejuang kemanusiaan luar biasa bagi Amerika dan dunia.
“Dengan sifat belas kasih dan moralnya, beliau berusaha membasmi penyakit, memupuk keamanan, memperjuangkan hak sivil dan hak asasi manusia, mempromosi pilihan raya bebas dan adil, menyediakan tempat tinggal kepada gelandangan, serta sentiasa memperjuangkan golongan paling terpinggir.
“Beliau menyelamatkan, mengangkat, dan mengubah kehidupan ramai insan di seluruh dunia,” kata Biden dalam satu kenyataan.
Biden turut mengumumkan bahawa beliau akan mengarah
Baca: Kangkung ‘diharamkan’ malah dianggap ‘bahaya’ di Amerika Syarikat