Hidung nampak lain? Ayu Damit akui buat ‘thread lift’ sebelum masuk GV7, faktor kesihatan antara punca

Oleh MALAYSIADATELINE

Ramai yang menjadikan pembedahan kosmetik sebagai satu cara untuk mencantikkan diri tapi ada juga menjalani prosedur seperti tanam benang pada wajah atas faktor kesihatan.

Bukan semua sanggup habiskan duit untuk mencantikkan diri semata, ramai memilih ia untuk merawat masalah kesihatan seperti sinus.

Buat penyanyi Ayu Damit, dia sudah menjangka netizen akan mula bercakap selepas tular video rawatan hidung yang dilakukannya di sebuah pusat kesihatan dan kecantikan.

Menurut Berita Harian, Ayu memaklumkan rawatan itu pernah dibuat sebelum menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim 7 (GV7) pada 2020.

“Saya sebenarnya sudah dapat jangka orang akan bercakap mengenai perkara ini selepas video ini dimuat naik.

“Sebelum ini, saya pernah buat dan muat naik dalam media sosial, tapi mungkin orang tak perasan. Ini adalah susulan daripada rawatan sebelum ini.

“Video dimuat naik di akaun pusat kesihatan dan kecantikan itu memang atas persetujuan saya sebab kami ada kolaborasi bersama,” katanya seperti dipetik BH Online.

Pada masa sama, Ayu memaklumkan rawatan tersbeut adalah antara langkah untuk merawat masalah sinus dialaminya.

“Saya ada sinus dan aktif dalam bidang nyanyian. Jadi, saya perlu jaga kesihatan termasuk pernafasan supaya dapat terus menyanyi,” katanya.

Pendakwah bebas, Asma’ Harun, berkongsi bahawa hukum membuat rawatan tanam benang di muka atau ‘thread lift’ bagi mendapatkan kulit yang cekang, tegang bagi mencantikkan wajah adalah haram.

Bagaimanapun prosedur itu harus sekiranya ada keperluan bagi melakukan prosedur tanam benang di muka atas tujuan menghilangkan aib, kecacatan dan merawat penyakit.

Baca juga: Erra dah berani ‘tayang’ kekasih hati