Rupanya senang nak buat teh tarik berlemak, tambah 1 bahan sahaja!

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau minum air teh tarik di gerai mesti akan ada rasa berlemak, bila cuba buat di rumah tak menjadi pula.

Sebolehnya tak mahu minum setiap hari di kedai, takut kena potong kaki pula dengan rasa manisnya air teh tarik.

Rupanya peniaga ada rahsia untuk pastikan teh tarik yang dibuat mereka tu ada rasa berlemak dan hanya satu bahan digunakan iaitu garam.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok Muhammad Danial Alimin tentang cara nak memastikan air teh tarik jadi lebih berlemak.

Cara-cara buat teh tarik berlemak

Bahan-bahan:

  • Teh serbuk
  • Susu tin
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Masukkan dua sudu besar susu pekat manis dalam gelas besar,
  2. Penuhkan hampir 3/4 cawan dengan air dari teh serbuk yang dah ditapis (pastikan tak guna uncang).
  3. Masukkan sedikit garam dan masukkan satu sudu gula.
  4. Kemudian boleh tarik macam di kedai

Rata-rata netizen memahami kerisauan sesetengah orang yang garam boleh menyebabkan masin tapi sebenarnya tidak.

“Adeh, yang kata masin tu mesti jarang masuk dapur. Garam bila ada manis dia rasa lemak. Sama juga kalau masak. Letak gula sikit baru sedap

“Patutlah pernah minum teh tarik masin mungkin terlebih garam kot.

“Betul bang saya kerja bancuh air. Lagi tip nak buat limau ais boleh guna limau kasturi kemudian tmbah garam sikit, memang sedap,” antara komen netizen.

Baca juga: Tak perlu susah-susah jahit kaki langsir yang meleret, lelaki tunjuk cara DIY guna seterika