Lain betul sekarang, pelakon filem Tentang Bulan kongsi foto terkini lepas lama tak berlakon

Oleh KIM SYAZIE

‘Tentang Bulan’ adalah filem komedi kanak-kanak yang menerapkan jalan cerita penuh suka duka yang amat dekat di hati penonton.

Sehingga kini ia menjadi filem kanak-kanak paling berjaya. Lagu latarnya juga tidak kurang hebat, memang mengembalikan nostalgia lama kanak-kanak tahun 90 an.

Watak lima sekawan kini tentunya sudah meneruskan kejayaan masing-masing. Namun ada perkembangan terbaru mengenai Nasiruddin yang memegang watak Ibrahim.

Setelah sekian lama tidak muncul di layar kaca, Nasiruddin memuat naik foto terkininya di TikTok yang membuatkan ramai teruja.

Menerusi perkongsian yang dibuat, pelakon itu berkongsi foto dirinya sedang dalam proses untuk mengurangkan berat badan.

Menurutnya, dia berjaya menguruskan berat badan hasil daripada mengawal pengambilan minyak dan juga gula.

Nasiruddin turut mencuri perhatian netizen apabila memaklumkan dirinya berjaya mengurangkan berat badan selepas ‘membuang’ bekas kekasih daripada kehidupannya.

“Hasil buang minyak, gula dan juga ‘ex’ (bekas kekasih),” ujarnya.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat pelakon kanak-kanak dalam filem Tentang Bulan itu sudah dewasa dan kelihatan sangat lain.

Mereka juga yang mengucapkan terima kasih kerana pernah menghiburkan mereka satu ketika dahulu.

Baca juga: Isteri seram rakan sekerja suami ‘offer’ bekal dari rumah – “Wahai wanita, sila pelawa lelaki lain”