Lelaki minta derma orang ramai sebab nak cukupkan duit kahwin

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki sanggup berdiri di tepi jalan dan meminta derma orang ramai untuk mengumpul duit belanja perkahwinannya.

Dalam satu video tular di TikTok, seorang lelaki mengenakan t-shirt hijau berdiri di tepi sebatang jalan sambil memegang kotak sumbangan. 

Kotak yang dibawanya itu bertulis ‘sumbangan ikhlas untuk modal perkahwinan Muhajir’. Rakaman dipercayai di wilayah Aceh, Indonesia.

Lapor AFP, lelaki itu tetap teguh berdiri meskipun tidak ramai orang yang mahu membantunya. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Adakah lelaki seperti ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga?” komen seorang netizen.

Baca juga: Reka bentuk pangsapuri ini jadi tular, “dah macam masuk gym..”