Tony Fernandes kongsi bagaimana dia didik anaknya sampai jadi pelajar terbaik dan ada bisnes sendiri

Oleh KIM SYAZIE

Tony Fernandes antara figura hartawan yang sentiasa mencuri tumpuan masyarakat. Beliau adalah CEO syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.

Baru-baru ini perkongsian beliau mengenai anak keduanya yang baru sahaja menamatkan pengajian, mendapat sorotan ramai.

Menerusi hantaran Linkedin Tony Fernandes, hartawan itu mendedahkan anak lelakinya itu merupakan pelajar terbaik dan telah mendapat pekerjaan yang bagus.

Beliau juga memaklumkan bahawa seorang lagi anaknya miliki perniagaan sendiri yang sedang berjalan dengan baik.

“Kedua-duanya rendah diri, bijak, rajin, dan tidak pernah meminta atau mengambil jalan pintas,” ujarnya menurut Thevocket.

Tony dalam hantaran itu berkongsikan cara beliau mendidik anak-anaknya.

“Apa yang saya lakukan? Saya tidak pernah memaksa mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu.

“Saya memberi sokongan sepenuhnya dan membiarkan mereka memilih jalan mereka sendiri. Kami tidak pernah menjadi ibu bapa yang terlalu menekan.

“Terlalu ramai ibu bapa yang memaksa anak-anak mereka memilih kerjaya dan bekerja keras semata-mata untuk kepuasan diri mereka sendiri.

“Tetapi ini adalah kehidupan anak-anak kita, dan kita sepatutnya menggalakkan mereka melakukan apa yang mereka cintai.

“Kedua-dua anak saya sangat gembira dengan kerjaya mereka dan cemerlang dalam apa yang mereka lakukan — jadi, saya pun gembira!” ujarny.

Perkongsian Tony dipersetujui ramai pengikutnya di laman itu.

Baca juga: “Kami datang bercuti 5 orang, duduk serumah bukan sebilik” – Nabila kesal netizen terlalu menghakimi