Ini rupanya punca tulisan doktor macam ‘cakar ayam’

Oleh KIM SYAZIE

Satu laman kesihatan, Mental Floss pernah berkongsi kepada orang ramai mengapa hampir semua doktor di negara ini mempunyai tulisan yang amat sukar dibaca.

Tulisannya berbentuk berangkai sehingga tidak terlihat hurufnya.

Kenapa tulisan doktor selalunya buruk?

Memetik jawapan daripada laman Mental Floss, seorang doktor bukanlah bertugas untuk jumlah jam normal iaitu sembilan jam semata-mata.

Seorang doktor mungkin bekerja lebih daripada sepuluh jam malah ada yang berpuluh-puluh jam jika jumlah pesakit terlampau ramai.

Hal ini berbeza jika anda merupakan pesakit pertama pada hari itu. Preskripsi ubat yang anda dapat jika anda merupakan pesakit pertama mungkin masih boleh dibaca dengan sempurna.

Tetapi jika anda merupakan pesakit pada jam kesepuluh doktor itu bekerja, mungkin tulisan yang anda baca tidak lagi sempurna. Hal ini kerana otot tangan doktor pada ketika itu dipercayai mungkin sudah kejang.

Disebabkan itulah kandungan yang ditulis oleh doktor mungkin tidak lagi dapat dibaca dengan begitu mudah.

Walau bagaimanapun, jika preskripsi ubat tidak dapat difahami oleh anda, ia masih boleh difahami oleh ahli farmasi yang bertugas. Ada masanya doktor hanya menggunakan singkatan sahaja untuk memudahkan kerja.

Difahamkan dalam dunia perubatan, seorang doktor perlu mencatat semua perkara yang berkaitan dengan pesakit untuk direkodkan, tegas Celine Thum, seorang pakar perubatan di ParaDocs Worldwide kepada The Healthy menerusi Mental Floss.

Sekiranya mengalami kekeliruan semasa membaca apa yang ditulis oleh doktor, anda dinasihati untuk terus bertanya dan meminta mereka untuk menjelaskan semula mengenai preskripsi tersebut.

Baca juga: Suspek cabul budak di masjid direman 7 hari, disahkan miliki kad OKU sejak kecil