“Suami cakap dia ‘main-main’ je tapi perempuan tu betul sayang dia, lepas kantoi…”

Oleh MALAYSIADATELINE

Jika sudah ada pasangan yang sah maka tak perlulah nak ‘test’ market dengan bermain cinta bersama orang lain.

Bayangkanlah jika orang tersebut memang benar sayang namun pasangan yang sudah berkahwin tu tak ada niat sedikit pun untuk menghalalkan hubungan.

Seorang wanita terkilan apabila mengetahui suaminya sering bermain cinta menerusi aplikasi mesej dalam talian.

Di bawah adalah luahan yang diambil dari Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.

Saya ada suami dan seorang anak. Suami yang saya kenal memang seorang yang baik, penyabar, penyayang dan tak pernah berkira dengan saya.

Baru baru ni ada seorang perempuan mesej bagitahu dia ada hubungan dengan suami saya. Saya sangatlah terkejut sebab saya tak sangka suami saya boleh curang dengan saya.

Dia kenal dgan perempuan tu melalui kerja tapi jarang berjumpa dan prempuan tu pun dah habis kontrak dekat tempat kerja tersebut.

Tapi mereka berdua tak pernah berjumpa dan hanya bermesej sahaja dan saya hanya tahu lepas bersalin anak kedua, terus tanya dia betul ke dia curang.

Alasan suami bagi dia terpaksa layan wanita tersebut sebab ada masalah ‘anxiety’, suami cuba jauhkan diri tapi perempuan tu dah sayang sangat dekat suami.

Lepas dah kantoi, suami hentikan segala hubungan dengan wanita tersebut jadi saya mesej wanita tu minta dia teruskan kehidupan tapi dia seakan tak boleh terima.

Saya memang minta suami lepaskan saya lepas kantoi tu tapi suami kata dia memang nak saya dan tak ada niat langsung nak menghalalkan wanita tersebut.

Suami minta saya berhenti berhubung dengan wanita tersebut, dia takut wanita tu makin susah nak move on.

Sampai sekarang suami selalu minta maaf dan menyesal dengan perbuatan dia serta tak akan ulang lagi semua tu.

Suami juga selalu duduk rumah je lepas habis bekerja. Tipulah kalau saya tak teringat akan hal tersebut, tapi demi anak-anak saya bagi peluang kedua.

Baca juga: Jaguh pecut Malaysia Azeem Fahmi jadi bualan di AS, kenapa?