Penduduk Putra Height baru-baru ini menerima ujian besar apabila kawasan persekitarannya seolah-olah berada dalam zon peperangan selepas paip gas milik Petronas meletup terbakar.
Kesan daripada tragedi tersebut, kebanyakan rumah dan kenderaan di kawasan tempat paip gas meletup itu mengalami kerosakan teruk.
Keadaaan ini sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada harga jualan rumah di kawasan sekitar.
Namun tragedi ini tidak menghalang pemilik rumah Putra Height untuk ‘berani’ menjual rumahnya walaupun berdepan persepsi teruk sekarang.
Memetik dari facebook hartanah KL Selangor, seorang pemilik rumah banglo dua tingkat secara khususnya di Putra Heights berhasrat mahu melelongnya pada harga RM3.33 juta.
Mengikut kepada perincian, banglo ini difahamkan mempunyai keluasan 15,604 kaki persegi ini mempunyai kolam renang dan berstatus pegangan bebas yang mana membawa maksud pemilik tanah atau hartanah tersebut memiliki hak ke atasnya untuk selama-lamanya.
Berkait dengan insiden paip gas meletup, penyenaraian lelongan yang dihebahkan ini mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Ramai meluahkan rasa risau dengan lokasi banglo itu yang berada di kawasan insiden kebocoran gas sekaligus berpendapat sangat berisiko untuk dibeli oleh seseorang.
“Selepas kebakaran semalam, saya rasa rumah-rumah di kawasan itu akan dijual dengan harga lelong kaw-kaw! Lelong lelong habis-habisan…”, kata seorang netize
“Selepas berita hari ini, unit ini memang susah nak jual dah. Mungkin 1 juta pun tak ada pembida,” ujar seorang lagi.