Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkilan, mendakwa mereka sekeluarga ditipu pihak katering sehingga majlis akikah yang dirancang tidak menjadi.
Individu bernama Aiman Arif berkata, pada jam 3 pagi ibunya menerima panggilan dari pihak katering yang memaklumkan lembu akikah sudah dijual kepada orang lain.
Katering menggunakan alasan menjadi mangsa scammer dan membuat laporan polis palsu bagi meyakinkan bahawa dia adalah mangsa.
Pun begitu kata Aiman, pihak katering berjanji untuk menggunakan daging segar dari pasar raya supaya kenduri masih boleh berjalan.
“Tapi niat asal kami nak buat majlis akikah terus berubah jadi majlis biasa je, sebab lembu dah tak ada.
“Janji makanan sampai 10 pagi hingga 11 pagi, tapi 12 tengahari baru tiba, padahal tetamu dah penuh. Sampai-sampai, dia set up meja tapi bekas lauk penuh habuk yang aku sendiri yang kena lap.
“Lauk langsung tak cukup. Gulai rebung cair, kambing golek tak cukup untuk 50 orang pun, air sirap tawar macam air paip. Aku bayar RM5,410, tapi modal dia tak sampai RM1,500,” katanya.
Individu itu berkata, katering berjanji bahawa akan ada daging kurma dan rendang tetapi sehingga habis majlis hidangan lauk itu tidak muncul.
“Kami bagi dia peluang balik masak baki lauk. Tapi disebabkan orang dah ramai, kami proceed Plan B, kami masak sendiri.
“Selepas dia janji nak patah balik kononnya nak masak lauk baki, rupanya dia terus buat laporan polis kata kami provok dia.
“Pukul 3 petang, dia datang balik dengan van Lalamove yang dia sewa, tapi langsung tak bawa lauk yang dijanjikan.
“Bila tanya “Mana lauk?”, dia jawab datang nak ambil barang balik dan tak turun dari van. Dia buat muka kerek & sengaja provok kami and nak kami pukul dia lah. Ada lah modal dia nak buat laporan lagi,” kongsinya lagi.
Hantaran berkenaan telah tular di Facebook. Berdasarkan komen pengguna media sosial, pemilik katering didakwa telah terbabit pelbagai kes penipuan membabitkan penganjuran majlis sekitar Kedah.
Ia dikuatkan menerusi komen beberapa pengguna media sosial yang mengakui pernah tertipu dengan katering sama sebelum ini.
Baca juga: “Ayah aku bab sedekah memang laju tapi bila mak minta duit, satu sen pun dia tak bagi…”