Apabila sudah terlalu obses dengan sesuatu perkara, kita akan pastikan benda itu menjadi hak milik kita. Begitu juga dengan makanan ‘viral’, ada sesetengah sekumpulan orang sanggup untuk beratur berjam-jam lamanya demi untuk dapatkannya.
Begitulah ceritanya untuk peminat kek tular Tiramisu yang sedang hangat di Malaysia sekarang lagi-lagi Tiramisu daripada jenama Coffe Bean Tea Leaf(CBTL).
Jika tengok di Tiktok, mana-mana video pun akan memuatnaik video keunikan Tiramisu dari CBTL ini. Ada satu video yang menarik perhatian adalah apabila ada pelanggan sanggup mengejar lori CBTL demi untuk mendapatkannya sebelum habis.
Sehingga ada yang membuat komen “Lori CBTL pun dah tak selamat sekarang..”.
@0dai_469 🚛🧟♂️🧟 #4u #fyp #foryoupage #tiramisu #viral #coffeebean #xybca #bersaing ♬ original sound – ammarhasawi
Satu lagi video menarik perhatian apabila pelanggan sanggup menunggu lori CBTL sampai di kiosk sehinggakan nampak sahaja lori sampai, terus masing-masing berpusu-pusu beratur di kaunter.
Yang lebih melucukan apabila ada pelanggan yang sanggup menolong abang lori CBTL memunggah barang dari lori.
@surprisedaisy Geng tiramisu Coffee Bean Limbongan Melaka memang paling sporting 😆🤣 Thank you staff & abang lori layankan kami! Korang memang the best! 🫶🏼 @coffeebeanmy #fyp #fypシ #melaka #melakapeople💃⚡️ #melakatiktok #coffeebean #tiramisu #tiramisucoffeebean #coffeebeanmelaka #melakafoodie #makanmelaka #melakaviral #makanviral ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD
Ada juga segelintir warganet yang memandang negatif perkara ini yang menganggap reaksi keterlaluan sampai macam itu sekali.
Namun ada yang menepis ‘geng’ negatif ini dengan menulis, “it was fun generation we’re living in hahaha! Kalau nak bitter pergi bitter sorang2. we’re enjoying every bits of fomo generation”.