Aktivis Parti Keadilan Rakyat, Iswardy Morni dalam siaran live Youtube semalam menjangkakan Nurul Izzah Anwar bakal menjadi Menteri besar Selangor menggantikan Amiruddin Shaari.
Iswardy dalam siaran langsungnya semalam berkata, kemenangan Izzah sebagai timbalan presiden PKR yang baru melayakkan beliau untuk menjawat jawatan besar itu.
“Ini adalah jangkaan saya. Tuan-tuan boleh setuju atau tidak dengan saya”
“Saya menjangkakan Nurul Izzah akan menjadi Menteri besar Selangor. Macamana Izzah nak jadi MB? Perkara ini boleh berlaku sebagaimana ibunya, Wan Azizah di mana langkah Kajang berlaku.”
“Amiruddin pula saya jangka akan menggantikan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi” katanya di siaran youtubenya.
Siaran langsung yang mencecah 10 ribu tontonan itu mendapat tumpuan warganet selapas pertembungan hangat pemilihan PKR kali ini.
Tambahnya lagi, Naib Presiden PKR yang baru Ramanan dijangka akan dinaikkan sebagai menteri penuh menggantikan Nik Nazmi yang tewas dalam perebutan kerusi Naib Presiden PKR semalam.
Iswardi Morni adalah aktivis Keadilan yang aktif melakukan penerangan di saluran youtubenya.
Semalam, Nurul Izzah Anwar berjaya dinobatkan sebagai timbalan presiden PKR selepas menewaskan Rafizi Ramli dengan majoriti besar. Sementara itu, Nik Nazmi yang juga menteri Alam Sekitar gagal pertahankan kerusi Naib Presiden yang disandangnya sejak 2022.
baca: Tekad tuntut keadilan, ayah Dea Maisarah bakal failkan saman sivil?