Penangan kerja dari rumah sepanjang sidang ASEAN, warga kota teruja jalan lengang macam hari raya

Oleh KIM SYAZIE

Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di ibu negara mencuri tumpuan rakyat Malaysia yang teruja dengan suasana luar biasa lengang di sekitar ibu kota.

Sejak awal pagi, media sosial dibanjiri dengan gambar yang memaparkan jalan raya yang biasanya sesak, tiba-tiba menjadi kosong dan tenang.

Netizen menyifatkan situasi itu sebagai “momen jarang berlaku” dan “peluang sekali seumur hidup” bagi mereka yang setiap hari berdepan kesesakan teruk untuk ke tempat kerja.

Beberapa pengguna Facebook berkongsi keterujaan mereka dengan menulis:

“Wohaauuu!! Bangi-KL 20 mins 🤣”
“First time tengok kawasan ni clear 🤣”

“Clear macam musim raya”

“Tenang je pagi tadi haha”

“Bangi-KL 40mins jer. Biasa 1h30mins or moree… syooknya kalau hari2 gini🥳”

“Macam bermimpi aje ari iniii…”

Keadaan luar biasa ini kerana penguatkuasaan kawalan keselamatan ketat sempena kehadiran pemimpin-pemimpin ASEAN dan keputusan ramai warga kota untuk bekerja dari rumah sebagai langkah mengelak kesulitan trafik.

Dalam keterujaan itu, segelintir netizen turut meluahkan harapan agar pihak berkuasa dapat meneliti semula pengurusan trafik di ibu kota agar lebih sistematik dan mampan bukan hanya ketika berlangsungnya acara besar.

“Kalau boleh maintain macam ini hari-hari pun best,” tulis seorang pengguna.

Buat seketika, Kuala Lumpur dianggap sudah berubah wajah dari kota yang tak pernah tidur kepada kota yang ‘bernafas’ perlahan.

Baca juga: Selalu dengar luahan hati ibu, Putridahlia pilih tak masuk campur hal rumah tangga Nora Ariffin