‘Maaf kalau bosan’ – Bella Astillah titip pesan buat peminat BASS

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin banyak konten mesra bersama hingga ramai membuat spekulasi hubungan antara pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Namun tuan badan kekal dengan jawapan selamat bahawa mereka berdua hanya mencipta kandungan di media sosial atas tuntutan kerja.

Pada masa sama Bella mengakui ada hati dan imej keluarga yang perlu dia hormati serta memilih untuk tidak mengulas lanjut lapor Kosmo! Online.

“Saya pun tak mahu cakap lebih-lebih sebab ada hati dan imej keluarga yang perlu kami hormat.

“Kepada semua yang selalu nampak kami bersama, minta maaf kalau ada yang kurang senang.

“Semua itu adalah kolaborasi yang kami perlu selesaikan termasuk kerja dari klien dan siaran langsung bersama,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Meskipun demikian, Bella memaklumkan reaksi Syed Saddiq adalah semula jadi dan bukan lakonan semata.

“Umum tahu dia bukan pelakon dan pastinya semua yang ditunjukkan dalam video adalah spontan.

“Semua yang kami lakukan adalah atas tuntutan kerja tetapi kami tidak ditekan (klien) untuk buat lakonan atau sebagainya, itu sahaja yang saya boleh cakap,” jelasnya.

Penyanyi berusia 31 tahun itu memaklumkan dirinya segan untuk mengulas mengenai fenomena BASS (Bella Astillah-Syed Saadiq) disebabkan status diri.

“Kalau nak ulas tentang hal perhubungan, sebenarnya segan sebab saya seorang wanita dan sudah ada dua orang anak.

“Nak cakap lebih-lebih pun rasa kurang manis, mungkin kedengaran klise tetapi doakan yang baik-baik sahaja,” jelasnya.

Baca juga: Dr Zakir Naik pilih berhijrah ke Malaysia kerana sifatkan negara ini paling baik untuk umat Islam