Bukan kes baru namun pastinya ramai ingat akan sebuah tadika swasta Islamik yang dilihat gagal mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun lepas.
Malah tadika tersebut juga ada mengeluarkan kenyataan media untuk membayar caruman pekerja secara ansuran selepas berbincang dengan pihak KWSP.
Bagaimanapun tahun ini tular kembali isu baru apabila bekas pekerja di tadika swasta berkenaan memuat naik tangkap layar caruman KWSP yang dibayar tidak sampai RM30.
“Buat kelakar apa ni mencarum sejemput sejemput macam ni? Sumpah tak kelakar tahu. Lapan tahun berkhidmat beribu riban hutang belum selesai.
“Kalau macam ni gayanya bila nak selesai hutang. Isu ni bukan baru benda dah lama.
“Sedangkan waktu saya masih kerja pun tak dibayar inikan pula bila saya dah berhenti,” kongsi seorang pekerja di Threads.

Rata-rata netizen mengakui pelik kerana yuran dikenakan bukanlah murah malah ada selebriti yang turut menghantar anak ke tadika berkenaan.
“Sedangkan yuran mahal. Takkan la tak boleh bayar. Ada hikmah rupanya tak dapat kerja ni dulu.
“Walaupun selebriti hantar, tak kisah lah apa pun, pengurusan, ibu pejabat tetap sama jadi ibu bapa tolong ambil kisah akan hal ini,” antara komen pengguna Threads.
Seorang lagi pengguna Thread mengakui kesian dan memaklumkan jumlah sedikit disebabkan syarikat bayar secara ansuran kepada KWSP.
“Kesian awak, mesti ini baru selesai bahagian pekerja, mungkin hanya separuh daripada ansuran yang pihak sana buat.
“Kalau buat ansuran KWSP, dah cukup jumlah ditetapkan, KWSP akan agih dulu untuk bahagian pekerja. Kena tunggu mereka bayar lagi baru dapat jumlah penuh.
“Maybe JKM boleh buat macam KPDNKK, tak bayar KWSP, tak boleh perbaharui lesen dan semua revoke.
“Jadi pengusaha-pengusaha macam ni tak adalah sewenang-wenangnya nak makan duit staf,” komen pengguna tersebut.
Baca juga: Perlu jalani pembedahan, ini keadaan mangsa dalam MPV dilanggar bas bawa pelajar UPSI